ENAKMEN 4 TAHUN 1994
ENAKMEN MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN 1994

BAHAGIAN II - MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN
MESYUARAT MAJLIS



Seksyen 24. Memanggil mesyuarat.

(1) Semua mesyuarat Majlis hendaklah dipanggil oleh Setiausaha dan mesyuarat itu hendaklah diadakan sekurang-kurangnya tiga bulan sekali.

(2) Yang Dipertua boleh, pada bila-bila masa, mengarahkan Setiausaha memanggil mesyuarat sama ada atas kehendaknya, atau atas permintaan bertulis dari sekurang-kurangnya satu pertiga ahli Majlis.

(3) Setiausaha hendaklah memanggil mesyuarat dalam tempoh empat belas hari daripada menerima arahan atau atas permintaan di bawah subseksyen (2).

(4) Sekurang-kurangnya tujuh hari, notis bertulis hendaklah diberi untuk mengadakan sesuatu mesyuarat, tetapi Yang Dipertua bolehlah, jika dia fikir bahawa ada keperluan mendesak untuk memanggil mesyuarat dengan notis yang lebih pendek, mengarahkan kehendak notis tujuh hari itu tidak perlu diikuti.

(5) Notis mesyuarat boleh dihantar melalui pos di alamat tempat tinggalnya yang terakhir diketahui dan hendaklah dianggap telah diserahkan dengan cara pos.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.