ENAKMEN 8 TAHUN 2002
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH (NEGERI MELAKA) 2002

BAHAGIAN III - PENGEMUKAAN DAN KESAN KETERANGAN
BAB 4 - PERUNTUKAN KHAS YANG BERHUBUNGAN DENGAN TESTIMONI SAKSI



Seksyen 126. Penafian (ta’n) terhadap saksi.

Apabila mana-mana pihak kepada sesuatu prosiding mengisytiharkan mana-mana saksi pihak menentang sebagai tidak adil, sama ada sebelum atau selepas pemeriksaan saksi itu di bawah seksyen 121 atau 123 dengan mengemukakan apa-apa keterangan yang boleh mencegah penerimaan keterangannya, Hakim hendaklah menghendaki pihak itu membuktikan fakta itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.