ENAKMEN 8 TAHUN 1982
ENAKMEN PENTADBIRAN UGAMA ISLAM DAN ADAT RESAM MELAYU PAHANG 1982

BAHAGIAN II - PENUBUHAN MAJLIS



Seksyen 14. Keanggotaan dan perlantikan.


(1) Ahli-ahli Majlis hendaklah terdiri daripada -



(2) Yang di-Pertua dan Setiausaha Majlis serta tujuh orang ahli atas jawatan hendaklah dilantik oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan atas budibicara Baginda.

(3) Ahli-ahli yang disebut dalam seksyen kecil ini (1) (d) hendaklah dilantik oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan dengan nasihat Majlis.

(4) Tertakluk kepada seksyen 15, Ahli-ahli Majlis adalah memegang jawatan selama yang diperkenankan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan.

(5) Tidak seorang pun boleh dilantik menjadi Ahli majlis melainkan ianya berugama Islam dan umurnya tidak kurang daripada 25 tahun.

(6) Sebelum perlantikan dibuat di bawah seksyen ini, orang-orang yang sedang menjadi ahli Majlis semasa bermulanya kuatkuasa Enakmen ini hendaklah dianggap seperti telah dilantik dan memegang jawatan-jawatan masing-masing mengikut Enakmen ini.

(7) Saraan untuk Yang di-Pertua dan Setiausaha boleh dibayar di bawah kuasa seksyen 118.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.