ENAKMEN 13 TAHUN 2003
ENAKMEN TATACARA JENAYAH SYARIAH (NEGERI SEMBILAN) 2003

BAHAGIAN V - PROSIDING DALAM PENDAKWAAN
BAB 6 - DARIHAL CARA MENGAMBIL DAN MEREKODKAN KETERANGAN DALAM PERBICARAAN



Seksyen 115. Cara merekodkan keterangan

(1) Keterangan yang dicatatkan di bawah seksyen 113 tidak boleh pada lazimnya dicatatkan dalam bentuk soalan dan jawapan, tetapi dalam bentuk cerita.

(2) Hakim yang menjalankan perbicaraan boleh, menurut budi bicaranya, mencatatkan apa-apa soalan dan jawapan tertentu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.