ENAKMEN 6 TAHUN 1996
ENAKMEN KETERANGAN SYARIAH 1996

BAHAGIAN 1 - QARINAHAN
BAB 2 - QARINAH
Sebanyak Mana Kenyataan Dikehendaki Dibuktikan



Seksyen 27. Apa keterangan perlu diberi apabila pernyataan adalah sebahagian daripada percakapan, dokumen, buku atau siri surat atau kertas.

Apabila apa-apa pernyataan, yang mengenainya keterangan-keterangan diberi, menjadi sebahagian daripada suatu pernyataan yang lebih panjang atau sebahagian daripada suatu percakapan, atau sebahagian daripada suatu dokumen ialah sebahagian yang terpencil atau terkandung dalam dokumen yang daripada menjadi sebahagian daripada buku atau sebahagian dari percakapan, dokumen, siri surat atau kertas yang berkaitan, maka keterangan buku atau hendaklah diberi mengenai hanya sekian banyak daripada siri surat atau kertas, pernyataan, percakapan, dokumen, buku atau siri surat atau kertas itu sebagaimana yang difikirkan perlu oleh mahkamah dalam hal tertentu itu untuk memahami dengan sepenuhnya tentang jenis dan kesan pernyataan itu dan juga dalam hal keadaan pernyataan itu telah dibuat.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.