ENAKMEN 2 TAHUN 1996
ENAKMEN ACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH 1996

BAHAGIAN X - PINDAAN



Seksyen 81. Pindaan saman atau pliding.

(1) Tertakluk kepada Bab 1 Bahagian VI dan peruntukan-peruntukan yang berikut dalam Bahagian ini, Mahkamah boleh pada mana-mana peringkat prosiding membenarkan plaintif meminda samannya, atau mana-mana pihak meminda plidingnya, atas apa-apa terma tentang kos atau selainnya sebagaimana yang adil dan mengikut apa-apa cara (jika ada) yang diarahkan oleh Mahkamah.

(2) Jika suatu permohonan kepada Mahkamah untuk membuat pindaan yang disebut dalam subseksyen (1) dibuat selepas tamatnya tempoh had masa yang relevan yang berkuatkuasa pada tarikh pengeluaran saman itu, Mahkamah boleh, bagaimanapun memberi kebenaran mengikut hal keadaan jika ia fikirkan adil untuk berbuat demikian.

(3) Tertakluk kepada subseksyen (2) mana-mana pihak boleh meminda plidingnya pada bila-bila masa sebelum penyampaian kepada pihak yang satu lagi tanpa kebenaran Mahkamah.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.