ENAKMEN 6 TAHUN 1991
ENAKMEN KANUN PROSEDUR JENAYAH SYARIAH SELANGOR 1991

BAHAGIAN V - RAYUAN DAN MURAJA'AH
BAB XIX - PROSIDING MENGENAI BEBERAPA KESALAHAN BERKENAAN PENTADBIRAN KEADILAN



Seksyen 172. Kuasa mengurangkan hukuman.

Apabila mana-mana Mahkamah di bawah seksyen 169 telah menghukumkan pesalah kerana enggan atau tidak membuat apa-apa yang ia telah dengan sahnya dikehendaki membuat atau kerana sengaja mengaib atau menggangu Mahkamah, Mahkamah boleh, mengikut budibicaranya, melepaskan pesalah itu atau mengurangkan hukumannya jika pesalah telah mematuhi perintah atau permintaan Mahkamah atau jika dia meminta maaf dengan memuaskannya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.