ENAKMEN 4 TAHUN 1992
ENAKMEN JENAYAH SYARIAH NEGERI SEMBILAN 1992

BAHAGIAN II - KECUALIAN AM



Seksyen 20. Pemakluman dibuat dengan suci hati.

Tiadalah apa-apa jua pemakluman yang dibuat dengan suci hati menjadi kesalahan oleh sebab sesuatu kerosakan kepada orang yang dimaklumkan itu, jika pemakluman itu dibuat untuk faedah orang itu.

MISALAN

A., seorang doktor, dengan suci hati memaklumkan pendapatnya kepada pesakitnya bahawa pesakit itu tidak boleh hidup. Pesakit itu mati oleh sebab terperanjat, A. tidaklah melakukan apa-apa kesalahan, meskipun ia ketahui bahawa pemakluman itu mungkin menyebabkan kematian pesakit itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.