ENAKMEN 7 TAHUN 2001
ENAKMEN KESALAHAN JENAYAH SYARIAH (TAKZIR) (TERENGGANU) 2001

BAHAGIAN V - KESALAHAN YANG BERHUBUNG DENGAN KEADILAN DAN KETENTERAMAN AWAM



Seksyen 43. Memujuk lari perempuan bersuami.

Mana-mana orang yang memujuk lari seorang perempuan bersuami atau membawa keluar dari atau dengan apa-apa cara mempengaruhinya supaya meninggalkan kediaman suami isteri yang ditentukan oleh suaminya adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya, dan Mahkamah boleh memerintahkan perempuan tersebut supaya kembali kepada suaminya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.