ENAKMEN 3 TAHUN 1991
ENAKMEN PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM 1991

BAHAGIAN II - MAJLIS UGAMA ISLAM DAN ADAT RESAM MELAYU PAHANG



Seksyen 30. Perlindungan ahli, pegawai dan pengkhidmat Majlis.

(1) Tiada seorangpun ahli Majlis boleh dipertanggungkan atas apa-apa kerugian yang berbangkit daripada atau timbul daripada apa-apa pelaburan yang dibuat menurut peruntukan-peruntukan Enakmen ini, atau sesuatu kegagalan memungut atau mendapatkan wang atau aset Majlis, melainkan jika kerugian atau kegagalan itu adalah disebabkan oleh kecuaian yang disengajakan atau fraud.

(2) Seseorang ahli, pegawai, pengkhidmat, ejen atau orang yang bertindak di bawah kuasa Majlis hendaklah ditanggung rugi oleh Majlis terhadap apa-apa tindakan atau prosiding berkenaan dengan apa-apa perbuatan, perkara atau benda yang secara bona fide dilakukan atau ketinggalan daripada dilakukan olehnya pada menjalankan atau yang berupa sebagai menjalankan mana-mana hak atau kuasa Majlis atau ahli Majlis.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.