ENAKMEN 13 TAHUN 1992
ENAKMEN PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM 1992

BAHAGIAN II
MAJLIS UGAMA ISLAM NEGERI SABAH



Seksyen 27. Bertindak dalam hal tergempar.

(1) Dalam apa-apa hal tergempar, Pengerusi boleh, selepas berunding dengan Menteri, melakukan atau mengarahkan dilakukan bagi pihak Majlis apa-apa tindakan atau perkara yang boleh dilakukan dengan sah melalui ketetapan Majlis.

(2) Jika apa-apa tindakan atau perkara dilakukan menurut subseksyen (1), suatu mesyuarat Majlis hendaklah diadakan dalam tempoh seminggu selepas itu bagi maksud mengesahkan dan memperakui tindakan atau perkara yang dilakukan itu, dan jika Majlis enggan mengesahkan dan memperakui tindakan atau perkara yang dilakukan itu, Yang di-Pertua Negeri boleh memberi apa-apa arahan berkenaan dengannya sebagaimana difikirkannya patut.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.