ENAKMEN 2 TAHUN 1986
ENAKMEN PROSEDUR JENAYAH SYARIAH 1986

BAHAGIAN IV - PROSIDING DALAM PENDAKWAAN
BAB XI - PERUNTUKAN-PERUNTUKAN AM MENGENAI DENGAN PENYIASATAN DAN PEMBICARAAN



Seksyen 107. Prosedur bila yang dituduh tiada faham prosiding.

Jika orang yang dituduh tidak faham prosiding itu, sungguhpun dia tidak gila, maka Mahkamah bolehlah meneruskan pembicaraan itu dan, jika pembicaraan itu berakhir dengan suatu sabitan, maka prosiding itu hendaklah dikemukakan kepada Mahkamah Rayuan Syariah dengan suatu laporan berkenaan dengan keadaan-keadaan kes itu, dan Mahkamah Rayuan Syariah itu hendaklah mencatatkan di dalamnya perintah itu atau menjatuhkan hukuman sebagaimana yang difikirkan patut.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.