ENAKMEN 6 TAHUN 1996
ENAKMEN KETERANGAN SYARIAH 1996

BAHAGIAN 3 - PENGEMUKAAN DAN KESAN KETERANGAN
BAB 8 - PEMERIKSAAN SAKSI



Seksyen 104. Soalan lucah dan bersifat skandal.

Mahkamah boleh melarang apa-apa soalan atau pertanyaan yang disifatkan sebagai lucah atau bersifat skandal, walaupun soalan atau pertanyaan itu mungkin ada hubungan dengan soalan-soalan yang ada di hadapan mahkamah, melainkan jika soalan atau pernyataan itu berhubungan dengan fakta persoalan atau perkara-perkara yang perlu diketahui untuk menentukan sama ada fakta persoalan itu wujud atau tidak.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.