ENAKMEN 3 TAHUN 1992
ENAKMEN PROSEDUR JENAYAH SYARIAH NEGERI SEMBILAN 1992

BAHAGIAN IV - PROSIDING DALAM PENDAKWAAN
BAB IX - DARIHAL PERTUDUHAN



Seksyen 88. Tiga kesalahan yang sama jenisnya dalam tempoh dua belas bulan boleh dibicarakan bersama.

(1) Jika seseorang itu dituduh melakukan kesalahan yang sama jenisnya dalam tempoh dua belas bulan daripada tarikh kesalahan pertama dilakukan, sama ada terhadap orang yang sama atau tidak, dia boleh dipertuduhkan dan dibicarakan bersama dalam satu perbicaraan bagi beberapa pertuduhan yang tidak lebih daripada tiga.

(2) Kesalahan-kesalahan adalah disifatkan sama jenisnya apabila kesalahan itu boleh dihukum di bawah seksyen yang sama dalam undang-undang itu.






Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.