ORDINAN 9 TAHUN 1991
ORDINAN KETERANGAN SYARIAH 1991

BAHAGIAN I - PERKAITAN
BAB II - Qarinah



Seksyen 14. Nyataan yang menunjukkan wujudnya keadaan fikiran atau keadaan tubuh atau perasaan tubuh.

Nyataan yang menunjukkan wujudnya sesuatu keadaan fikiran, seperti niat, pengetahuan, suci hati, kecuaian, kegopohan, niat jahat, atau niat baik terhadap seseorang tertentu, atau menunjukkan wujudnya sesuatu keadaan tubuh badan atau perasaan tubuh, adalah qarinah apabila wujudnya sesuatu keadaan fikiran atau tubuh atau perasaan tubuh itu menjadi soal atau ada hubungan.

Huraian 1 - Sesuatu nyataan yang berhubung sebagai menunjukkan wujudnya suatu keadaan fikiran yang berkaitan mestilah menunjukkan bahawa keadaan fikiran itu wujud bukan pada amnya tetapi berhubung dengan perkara tertentu yang berkenaan itu.

Huraian 2
- Tetapi jika dalam perbicaraan seseorang yang dituduh atas sesuatu kesalahan, sesuatu kesalahan yang dilakukan dahulu oleh orang yang dituduh itu menjadi qarinah dalam erti seksyen ini, maka sabitan dahulu orang itu hendaklah juga menjadi suatu qarinah.
MISALAN




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.