ENAKMEN 10 TAHUN 1996
ENAKMEN KAWALAN SEKOLAH-SEKOLAH AGAMA ISLAM 1996

BAHAGIAN III - PENDAFTARAN SEKOLAH-SEKOLAH



Seksyen 9. Pembatalan pendaftaran.


(1) Pendaftaran suatu sekolah di bawah seksyen 6 boleh dibatalkan oleh Pendaftar setelah memberikan Jemaah suatu peluang untuk membuat representasi, jika Pendaftar berpuas hati bahawa Jemaah sekolah itu---

(2) Walau apa pun subseksyen (1) Pendaftar, selain daripada membatalkan pendaftaran, boleh membubarkan Jemaah dan melantik suatu Jawatankuasa sementara yang hendaklah dipengerusikan oleh Pegawai Tadbir Agama sehingga suatu Jemaah baru dilantik oleh Pendaftar untuk menggantikan Jawatankuasa tersebut.

(3) Keputusan Pendaftar membatalkan pendaftaran hendaklah disampaikan melalui notis bertulis kepada Jemaah dengan menyatakan alasan pembatalannya di dalam notis itu dan mulai dari tarikh yang berikutan selepas penerimaan notis itu, Jemaah hendaklah berhenti mengendalikan sekolah itu tanpa menjejaskan kuasa Pendaftar untuk menetapkan tarikh yang darinya notis itu akan berkuatkuasa.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.