ENAKMEN 8 TAHUN 1990
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH 1989
BAHAGIAN II - MENGENAI BUKTI
Bab V - KETERANGAN SURATAN
ANGGAPAN-ANGGAPAN TENTANG SURATAN-SURATAN
Seksyen 62. Anggapan tentang salinan-salinan yang diperakui.
(1) Mahkamah hendaklah menganggap sebagai tulin tiap-tiap suratan yang berupa sebagai suatu perakuan, salinan yang diperakui atau lain-lain suratan, yang ditetapkan oleh undang-undang boleh diterima sebagai keterangan mengenai sesuatu nyataan yang tertentu dan yang berupa sebagai diperakui oleh mana-mana pegawai kerajaan di dalam atau di luar Malaysia yang diberi kuasa memperakuinya :
Dengan syarat bahawa suratan itu adalah pada asasnya mengikut bentuk dan berupa sebagai disempurnakan secara yang diarahkan oleh undang-undang bagi maksud itu.
(2) Mahkamah hendaklah juga menganggap bahawa mana-mana pegawai yang olehnya sesuatu suratan itu berupa sebagai ditandatangani atau diperakui telah memegang, pada masa ia menandatangani, jawatan rasmi yang ia menyatakan di dalam suratan itu.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.