ENAKMEN 1 TAHUN 1989
ENAKMEN PENGAWALAN SEKOLAH-SEKOLAH AGAMA ISLAM PULAU PINANG 1989
BAHAGIAN IV - PENDAFTARAN SEKOLAH ISLAM
Seksyen 15. Pembatalan Pendaftaran.
(1) Pendaftar hendaklah memberitahu Jemaah tentang apa-apa ketakpatuhan mana-mana syarat yang dinyatakan dalam Perakuan Pendaftaran atau apa-apa arahan lain yang dikeluarkan olehnya dan hendaklah mengarahkan Jemaah supaya mematuhi syarat-syarat
itu.
(2) Sekiranya Jemaah gagal mematuhi arahan-arahan Pendaftar itu, Pendaftar boleh membatalkan suratcara dan Perakuan Pendaftaran Sekolah Islam tersebut.
(3) Mana-mana Jemaah yang Sekolah Islamnya telah dibatalkan pendaftarannya di bawah seksyen ini boleh, apabila Pendaftar berpuas hati yang ketakpatuhan yang dinyatakan dalam arahan-arahan Pendaftar telah diperbaiki, memohon lagi untuk mendaftarkan semula Sekolah Islam itu.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.