ORDINAN 9 TAHUN 1991
ORDINAN KETERANGAN SYARIAH 1991

BAHAGIAN III - PENGEMUKAAN DAN NATIJAH KETERANGAN
BAB VI - Beban Membukti



Seksyen 75. Beban membuktikan nyataan tertentu.

Beban membuktikan sesuatu nyataan yang tertentu adalah terletak pada orang yang berkehendakkan Mahkamah mempercayai wujudnya nyataan itu, melainkan jika ada diperuntukkan oleh mana-mana undang-undang bahawa bukti mengenai nyataan itu hendaklah terletak pada mana-mana orang tertentu.
MISALAN

A berkehendakkan Mahkamah mempercayai bahawa pada masa yang berkenaan itu ia berada di suatu tempat lain, ia mestilah membuktikannya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.