ENAKMEN 9 TAHUN 2002
ENAKMEN TATACARA JENAYAH SYARIAH (NEGERI MELAKA) 2002
BAHAGIAN II - PERUNTUKAN AM TENTANG MAHKAMAH JENAYAH
Seksyen 7. Bidang kuasa jenayah Hakim.
Tertakluk kepada Enakmen ini, tiap-tiap Hakim hendaklah mengambil perhatian dan mempunyai kuasa untuk-
(
a
) mendengar, membicarakan, memutuskan dan membereskan pendakwaan bagi kesalahan yang dilakukan keseluruhannya atau sebahagiannya di dalam bidang kuasa tempatan Hakim itu dan yang boleh diambil perhatian oleh Hakim itu;
(
b
) menyiasat aduan tentang kesalahan dan memanggil dan memeriksa saksi mengenai kesalahan itu dan menyaman dan menangkap dan mengeluarkan waran bagi penangkapan penjenayah dan pesalah dan memperlakukan mereka mengikut undang-undang;
(
c
) mengeluarkan waran untuk menggeledah atau menyebabkan digeledah tempat yang di dalamnya apa-apa barang atau benda yang dengannya atau mengenainya apa-apa kesalahan telah dilakukan dikatakan ada disimpan atau disembunyikan;
(
d
) menghendaki orang memberikan jaminan supaya mereka berkelakuan baik mengikut undang-undang; dan
(
e
) melakukan segala perkara dan benda lain yang seseorang Hakim diberi kuasa untuk melakukannya oleh mana-mana undang-undang bertulis.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.