ENAKMEN 5 TAHUN 1989
ENAKMEN PENGAWALAN SEKOLAH-SEKOLAH AGAMA ISLAM 1988
BAHAGIAN V - NAZIR SEKOLAH ISLAM
Seksyen 19. Jemaah Pengurusan guru-guru dan pekerja-pekerja hendaklah membantu Nazir Sekolah.
(1)
Mana-mana anggota Jemaah, guru atau pekerja Sekolah Islam hendaklah memberi segala kemudahan kepada mana-mana Nazir Sekolah Islam atau mana-mana orang yang diberi kuasa untuk menjalankan pemeriksaan dan hendaklah memberi segala maklumat dan mengemukakan segala buku, akaun dan lain-lain dokumen yang mungkin dikehendaki.
(2) Mana-mana orang yang gagal mematuhi mana-mana peruntukan seksyen ini adalah melakukan suatu kesalahan dibawah Enakmen ini.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.