ENAKMEN 1 TAHUN 1990
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH 1990

BAHAGIAN III - PENGEMUKAAN DAN NATIJAH KETERANGAN
BAB 6 - BEBAN MEMBUKTI



Seksyen 78. Beban membuktikan fakta yang diketahui secara khas.

Apabila sesuatu fakta adalah khasnya diketahui oleh seseorang, maka beban bagi membuktikan fakta itu terletak atasnya.

MISALAN

Apabila seseorang melakukan sesuatu perbuatan dengan sesuatu niat yang lain daripada niat yang boleh difaham daripada bentuk dan hal-keadaan perbuatan itu, maka beban membuktikan niat itu adalah terletak atasnya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.