ENAKMEN 3 TAHUN 1992
ENAKMEN PROSEDUR JENAYAH SYARIAH NEGERI SEMBILAN 1992

BAHAGIAN VI - PERUNTUKAN TAMBAHAN
BAB XXII - PERUNTUKAN KHAS BERHUBUNG DENGAN KETERANGAN



Seksyen 196. Di mana orang yang terikat untuk memberi keterangan berniat untuk meninggalkan Malaysia.

Jika dibuktikan sehingga Hakim berpuashati bahawa mana-mana saksi yang terikat untuk memberi keterangan di dalam perbicaraan mana-mana kesalahan berniat untuk meninggalkan Malaysia dan bahawa matlamat keadilan mungkin gagal jika orang itu tidak hadir pada masa perbicaraan untuk memberi keterangan, Hakim boleh, di atas permohonan Pendakwa Syarie atau orang yang dituduh dan selepas peruntukan dibuat untuk saraannya dan untuk pampasan kerana penahanannya dan masanya yang terbuang, mengkomit orang itu ke penjara sivil sehingga perbicaraan atau sehingga dia boleh memberi jaminan yang memuaskan bahawa dia akan memberi keterangan pada masa perbicaraan itu.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.