ENAKMEN 1 TAHUN 1984
ENAKMEN KELUARGA ISLAM 1979

BAHAGIAN VI - NAFKAH ISTERI DAN ANAK



Seksyen 61. Kuasa Mahkamah memerintah nafkah bagi anak.

(1) Mahkamah boleh pada bila-bila masa memerintahkan seorang lelaki membayar nafkah anaknya-
(2) Mahkamah juga berkuasa memerintahkan seorang yang bertangggungan di bawah Hukum Syarak membayar atau memberi sumbangan terhadap nafkah seorang anak jika Mahkamah berpuashati bahawa memandang kepada kemampuannya adalah menasabah bagi Mahkamah memerintah sedemikian.

(3) Suatu perintah di bawah seksyen-kecil (1) atau (2) boleh mengarahkan supaya pembayaran dibuat kepada orang menjaga dan mengawal anak itu atau kepada pemegang amanah bagi anak itu.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.