ENAKMEN 8 TAHUN 1982
ENAKMEN PENTADBIRAN UGAMA ISLAM DAN ADAT RESAM MELAYU PAHANG 1982

BAHAGIAN VII - PERKARA WANG
Kira-kira



Seksyen 114. Penyata Tahunan.


Majlis hendaklah mengadakan penyata kira-kira Kumpulanwang Khairat Am yang lengkap dan betul dan hendaklah mengeluarkan dan mewartakan tidak lewat daripada bulan April pada tahun berikutnya satu laporan mengenai peranan-peranan Majlis dalam tahun yang dahulunya berserta dengan kunci kira-kira bagi Kumpulanwang Khairat Am setakat 31hb Disember penyata kira-kira dan perbelanjaan bagi Kumpulanwang itu, untuk tahun itu dan satu senarai harta-harta dan pelaburan bagi Kumpulanwang tersebut dengan menunjukkan harga kosnya, jika dibeli, dan anggaran nilaiannya setakat 31hb Disember.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.