ENAKMEN 9 TAHUN 2002
ENAKMEN TATACARA JENAYAH SYARIAH (NEGERI MELAKA) 2002
BAHAGIAN V - PROSIDING DALAM PENDAKWAAN
BAB 4 - DARIHAL PERBICARAAN
Seksyen 100. Butir-butir hendaklah direkodkan.
(1) Dalam prosiding di bawah Bab ini, Mahkamah hendaklah menyimpan suatu rekod tentang butir-butir setiap kes dengan menggunakan dan menyiapkan atau menyebabkan disiapkan suatu kertas pertuduhan mengikut borang-borang yang ditetapkan dan, jika segala butir yang perlu tidak dapat dengan mudah dicatatkan dalam mana-mana borang itu, dengan melampirkan padanya apa-apa bilangan kertas sambungan yang perlu.
(2) Butir-butir yang hendaklah dimasukkan ke dalam rekod itu hendaklah termasuk-
(
a
) nama Mahkamah dan nombor siri kes itu;
(
b
) nama, nombor kad pengenalan, dan jantina tertuduh;
(
c
) alamat tertuduh;
(
d
) pertuduhan;
(
e
) tarikh kembalian saman, jika ada;
(
f
) tarikh pengeluaran saman atau waran, jika ada
(
g
) nama dan alamat pengadu, jika ada, tarikh aduan itu dan nilai apa-apa harta yang terlibat;
(
h
) tarikh penangkapan;
(
i
) tarikh kehadiran pertama di hadapan Mahkamah;
(
j
) kerakyatan tertuduh;
(
k
) umur tertuduh;
(
l
) butir apa-apa jaminan atau bon;
(
m
) akuan tertuduh;
(
n
) nama dan gelaran pegawai atau nama orang yang menjalankan pendakwaan dan nama Peguam Syarie, jika ada, yang hadir bagi pihak tertuduh;
(
o
) tarikh setiap penangguhan atau penundaan dan tarikh yang sehingganya penangguhan atau penundaan itu dibuat dan alasan penangguhan atau penundaan itu dibuat;
(
p
) nota keterangan Mahkamah, jika ada;
(
q
) dapatan-dapatan;
(
r
) nota Mahkamah tentang sabitan-sabitan terdahulu, keterangan watak, dan rayuan meringankan hukuman, jika ada;
(
s
) hukuman atau perintah muktamad lain;
(
t
) penghakiman, jika bertulis;
(
u
) tarikh tamatnya prosiding;
(
v
) butir-butir tentang mana-mana waran tahanan, resit denda dan waran pemenjaraan; dan
(
w
) sekiranya rayuan dibuat-
(i) tarikh pemberitahuan tentang rayuan, tarikh apa-apa permintaan bagi nota keterangan, tarikh apa-apa notis bahawa nota keterangan boleh diperoleh dengan bayaran,tarikh penyampaian alasan keputusan Mahkamah dan tarikh penghantaran rekod kepada Mahkamah Tinggi Syariah atau Mahkamah Rayuan Syariah, mengikut mana-mana yang berkenaan;
(ii) jika penghakiman ialah penghakiman lisan, alasan keputusan;
(iii) nombor siri Mahkamah Tinggi Syariah atau Mahkamah Rayuan Syariah bagi rayuan
itu; dan
(iv) keputusan rayuan dan tarikh Mahkamah diberitahu mengenainya.
(3) Rekod itu hendaklah ditentusahkan dengan tandatangan Hakim dan hendaklah difailkan mengikut apa-apa cara yang diarahkan oleh Ketua Hakim Syarie.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.