ENAKMEN 3 TAHUN 1995
ENAKMEN KESALAHAN JENAYAH SYARIAH 1995

BAHAGIAN IV - KESALAHAN



Seksyen 69. Perkahwinan dalam tempoh iddah.

(1) Sesiapa perempuan, masih dalam tempoh iddahnya, dengan sengaja berkahwin dengan lelaki lain adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dikenakan hukuman denda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali.

(2) Sesiapa yang mengupacarakan perkahwinan, dengan sengaja sehingga menyebabkan kesalahan menurut subseksyen (1), boleh, apabila disabitkan, dikenakan hukuman denda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.