ENAKMEN 1 TAHUN 1991
ENAKMEN PENTADBIRAN HUKUM SYARA' NEGERI SEMBILAN 1991
BAHAGIAN VII - PEMELUKAN AGAMA ISLAM
Seksyen 91. Menentukan sama ada orang yang tiada didaftarkan seorang Islam.
Jika apa-apa persoalan timbul dalam Negeri Sembilan sama ada seorang itu saudara baru dan orang itu tidak didaftarkan dalam Daftar Saudara Baru atau tidak didaftar di bawah mana-mana undang-undang mana-mana Negeri sebagai saudara baru, soal itu hendaklah diputuskan oleh Mahkamah Tinggi Syariah.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.