ENAKMEN 5 TAHUN 2005
ENAKMEN WAKAF (NEGERI SEMBILAN) 2005

BAHAGIAN II - MAJLIS SEBAGAI PEMEGANG AMANAH TUNGGAL



Seksyen 9. Peletakhakan kepada Majlis.

(1) Majlis hendaklah mengambil segala langkah yang perlu dengan seberapa segera yang boleh dilaksanakan untuk meletakhakkan kepada Majlis apa-apa mawquf yang didaftarkan di bawah seksyen 6 dan 7.

(2) Apa-apa mawquf yang diletakhakkan kepada Majlis hendaklah terletakhak kepada Majlis tanpa apa-apa jua pemindahhakan, penyerahan, penyerahhakan, atau pemindahmilikan dan hendaklah terletakhak sedemikian dengan hakmilik, estet atau kepentingan dan pegangan yang serupa sebagaimana harta itu terletakhak sebelum pendaftaran wakaf itu di bawah seksyen 6 dan 7.

(3) Apa-apa mawquf yang telah diletakhakkan kepada Majlis tidak boleh dipindahhakkan, diserahkan, diserahhakkan, digadaikan, dicagarkan, dipinjamkan atau dipindahmilikkan kecuali bagi maksud subseksyen 12(1) atau menurut fatwa yang dibuat oleh Jawatankuasa Fatwa.

(4) Peletakhakan apa-apa harta tidak alih hendaklah menurut Kanun Tanah Negara.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.