ENAKMEN 4 TAHUN 1992
ENAKMEN PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM 1991

BAHAGIAN V - PEMBUBARAN PERKAHWINAN



Seksyen 52. Perintah untuk membubarkan perkahwinan atau untuk fasakh.

(1) Seseorang yang berkahwin mengikut Hukum Syarak adalah berhak mendapat suatu perintah untuk membubarkan perkahwinan atau untuk fasakh atas satu atau lebih daripada alasan-alasan yang berikut, iaitu-
(2) Tiada suatu perintah boleh dibuat atas alasan dalam perenggan (c) dalam sub-seksyen (1) sehingga hukuman itu telah dikemukakan dan suami telahpun menjalani satu tahun dari hukuman itu.

(3) Sebelum membuat perintah atas alasan dalam perenggan
(e) dalam sub-seksyen (1) Mahkamah hendaklah, atas permohonan suami, membuat suatu perintah menghendaki suami memuaskan hati Mahkamah dalam tempoh setahun dari tarikh perintah itu bahawa dia tidak lagi mati pucuk, dan jika suami memuaskan hati Mahkamah sedemikian dalam tempoh itu, tiada sesuatu perintah boleh dibuat atas alasan itu.

(4) Tiada sesuatu perintah boleh dibuat atas mana-mana alasan dalam sub-seksyen (1) jika suami memuaskan hati Mahkamah bahawa isteri, dengan mengetahui bahawa adalah terbuka kepadanya untuk mendapatkan perkahwinan itu ditolak, telah bertingkahlaku terhadap suaminya dengan cara yang menyebabkan suami mempercayai dengan munasabah bahawa isteri tidak akan menolak perkahwinan itu, dan bahawa adalah tidak adil kepada suami jika dibuat perintah itu.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.