ENAKMEN 3 TAHUN 1992
ENAKMEN PROSEDUR JENAYAH SYARIAH NEGERI SEMBILAN 1992

BAHAGIAN III - MAKLUMAT KEPADA PEGAWAI PENGUATKUASA AGAMA DAN KUASA-KUASA MENYIASAT
BAB VI



Seksyen 64. Buku harian mengenai tindakan dalam penyiasatan.

(1) Tiap-tiap Pegawai Penguatkuasa Agama yang membuat penyiasatan di bawah Bab ini hendaklah dari hari ke hari mencatatkan tindakannya di dalam buku penyiasatan harian dengan menyatakan----
(2) Walau apa pun yang terkandung dalam undang-undang mengenai keterangan, seorang yang dituduh hendaklah tidak berhak, sama ada sebelum atau dalam masa siasatan atau perbicaraan dijalankan, meminta atau memeriksa buku harian penyiasatan itu:

Dengan syarat bahawa jika Pegawai Penguatkuasa Agama yang telah membuat penyiasatan merujuk kepada buku harian itu maka catatan setakat yang telah dirujuk oleh pegawai itu sahaja hendaklah ditunjukkan kepada yang dituduh dan Mahkamah hendaklah atas permintaan pegawai itu menyebabkan apa-apa catatan lain disembunyikan daripada pandangannya atau dipadamkan.






Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.