ENAKMEN 2 TAHUN 1996
ENAKMEN ACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH 1996

BAHAGIAN IV - PIHAK-PIHAK
BAB 1 - AM



Seksyen 19. Penukaran pihak-pihak.

(1) Tertakluk kepada subseksyen (2) Mahkamah atas usulnya sendiri atau atas permohonan mana-mana pihak pada mana-mana peringkat prosiding boleh mengeluarkan, menggantikan atau menambah mana-mana pihak mengikut apa-apa cara dan dengan apa-apa terma yang adil dan sesuai.

(2) Tiada seorang pun boleh dijadikan plaintif tanpa izinnya atau jika dia orang tak upaya, tanpa izin wakil atau penjaganya yang sah.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.