ORDINAN 43 TAHUN 2001
ORDINAN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM, 2001

BAHAGIAN VIII - PELBAGAI
Kesahtarafan Anak



Seksyen 116. Kelahiran selepas akuan bahawa 'iddah telah tamat.

Jika seorang perempuan, yang tidak berkahwin semula, membuat satu akuan bahawa tempoh 'iddahnya telah tamat, sama ada 'iddah itu adalah oleh sebab kematian atau perceraian, dan perempuan itu kemudiannya melahirkan seorang anak, maka suami perempuan itu tidak boleh disifatkan sebagai bapa anak itu melainkan jika anak itu telah dilahirkan kurang daripada empat tahun qamariah dari tarikh perkahwinan itu dibubarkan oleh sebab kematian suaminya itu atau oleh sebab perceraian.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.