ENAKMEN 1 TAHUN 1990
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH 1990

BAHAGIAN I - QARINAH
BAB 2 - QARINAH
Kenyataan yang dibuat dalam keadaan khas.



Seksyen 23. Qarinahnya catatan dalam rekod awam yang dibuat pada menjalankan kewajipan.

Sesuatu catatan di dalam mana-mana daftar, rekod atau lain-lain buku awam atau rasmi, yang menyatakan sesuatu fakta persoalan atau fakta yang ada hubungan dan dibuat oleh seseorang penjawat awam pada menjalankan tugas kewajipan rasminya atau oleh mana-mana orang lain pada menjalankan sesuatu kewajipan yang disuruh dengan khasnya oleh undang-undang negara di mana daftar, rekod atau buku itu diselenggarakan adalah sendirinya qarinah.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.