ENAKMEN 4 TAHUN 1994
ENAKMEN MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN 1994

BAHAGIAN III - HARTABENDA-HARTABENDA AMANAH DAN KEWANGAN MAJLIS
BAITULMAL



Seksyen 47. Kuasa menghendaki kehadiran seseorang.

(1) Yang Dipertua boleh, dengan perintah bertulis, menghendaki kehadiran di hadapannya mana-mana orang yang padanya ada hak Baitulmal, atau dia dipercayai boleh memberi apa-apa kenyataan berhubung dengan hak Baitulmal dan bolehlah meminta supaya orang itu menunjukkan apa-apa dokumen atau suratcara yang ada di dalam simpanannya bagi tujuan mendapatkan bukti-bukti tentang hak Baitulmal atas mana-mana harta pusaka orang Islam yang mati.

(2) Jika mana-mana orang enggan hadir seperti yang dikehendaki oleh perintah di bawah subseksyen (1) itu, Yang Dipertua boleh melaporkan keengganan itu kepada seorang Qadhi dan Qadhi itu hendaklah mengeluarkan suatu waran untuk menentukan kehadiran orang itu sebagaimana dikehendaki oleh perintah yang tersebut.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.