ORDINAN 43 TAHUN 2001
ORDINAN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM, 2001

BAHAGIAN VI - NAFKAH ISTERI, ANAK DAN LAIN-LAIN



Seksyen 59. Kuasa Mahkamah untuk memerintahkan nafkah bagi isteri, dan akibat nusyuz.

(1) Tertakluk kepada Undang-Undang Islam, Mahkamah boleh memerintahkan seseorang lelaki membayar nafkah kepada isteri atau bekas isterinya.

(2) Tertakluk kepada Undang-Undang Islam dan pengesahan Mahkamah, seorang isteri tidaklah berhak mendapat nafkah apabila dia nusyuz, atau enggan dengan tidak sepatutnya menurut kemahuan atau perintah sah suaminya, iaitu, antara lain-

tanpa apa-apa sebab yang sah mengikut Undang-Undang Islam.

(3) Selepas sahaja isteri itu bertaubat dan menurut kemahuan dan perintah sah suaminya, maka isteri itu tidaklah lagi menjadi nusyuz.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.