ENAKMEN 4 TAHUN 2001
ENAKMEN TATACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH (TERENGGANU) 2001

BAHAGIAN XXV - PELBAGAI



Seksyen 248. Kecualian.

(1) Semua peraturan, kaedah, perisytiharan, perintah, pemberitahuan, notis, borang, surat kebenaran atau perlantikan yang dikeluarkan atau dibuat di bawah Enakmen terdahulu berhubung dengan perkara-perkara yang diperuntukkan dalam Enakmen ini hendaklah terus berkuat kuasa, setakat yang tidak bertentangan dengan Enakmen ini, sehingga dibatalkan atau digantikan oleh peraturan-peraturan, kaedah-kaedah, perisytiharan, perintah, pemberitahuan, notis, borang, surat kebenaran, atau perlantikan yang dikeluarkan atau dibuat di bawah Enakmen ini.

(2) Jika mana-mana kes atau perkara belum selesai di hadapan mana-mana Mahkamah pada permulaan kuat kuasa Enakmen ini, peruntukan Enakmen ini hendaklah terpakai berkenaan dengan prosiding kes atau perkara itu setakat yang tidak menyebabkan ketakadilan.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.