ENAKMEN 4 TAHUN 1992
ENAKMEN JENAYAH SYARIAH NEGERI SEMBILAN 1992

BAHAGIAN IV - KESALAHAN
Darihal kesalahan mengenai kehormatan diri



Seksyen 62. Perhubungan muabbad atau rairu muabbad.

(1) Mana-mana orang yang melakukan persetubuhan atau kelakuan sumbang dengan seorang perempuan atau seorang laki-laki yang ianya diharamkan berkahwin dengan tegahan muabbad mengikut Hukum Syarak adalah melakukan satu kesalahan dan hendaklah apabila disabitkan dikenakan hukuman denda tidak melebihi lima ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

(2) Mana-mana orang yang melakukan persetubuhan atau kelakuan sumbang dengan perempuan atau seorang lelaki yang ianya diharamkan berkahwin dengan tegahan rairu muabbad mengikut Hukum Syarak adalah melakukan satu kesalahan dan hendaklah apabila disabitkan dikenakan hukuman denda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.