ENAKMEN 7 TAHUN 2002
ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM (NEGERI MELAKA) 2002

BAHAGIAN II - MAJLIS AGAMA ISLAM MELAKA



Seksyen 25. Tindakan dalam hal yang perlu disegerakan.

(1) Dalam apa-apa hal yang perlu disegerakan, Pengerusi boleh melakukan atau mengarahkan supaya dilakukan bagi pihak Majlis apa-apa tindakan atau perkara yang boleh dilakukan dengan sah melalui ketetapan Majlis.

(2) Jika apa-apa tindakan atau perkara dilakukan menurut subseksyen (1), suatu mesyuarat Majlis hendaklah diadakan dalam masa tujuh hari selepas itu bagi maksud meratifikasikan dan mengesahkan tindakan atau perkara yang dilakukan itu; dan jika Majlis enggan meratifikasikan dan mengesahkan tindakan atau perkara yang dilakukan iu, Yang di-Pertuan Agong boleh memberikan apa-apa arahan berkenaan dengannya sebagaimana yang difikirkannya patut.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.