ENAKMEN 8 TAHUN 1982
ENAKMEN PENTADBIRAN UGAMA ISLAM DAN ADAT RESAM MELAYU PAHANG 1982

BAHAGIAN IV - NIKAH, CERAI DAN RUJUK



Seksyen 79. Syikak.


(1) Jika, selepas mendengar pengaduan yang dibuat, sesuatu Mahkamah Kadi itu berpuas hati bahawa pergadohan diantara suami dengan isteri itu sentiasa berlaku maka Mahkamah itu bolehlah melantik, mengikut Hukum Syara' seorang Hakam bagi pihak suami dan seorang bagi pihak perempuan.

(2) Kadi itu boleh memberi arahan kepada Hakam-Hakam itu atas cara-cara hendak menjalankan perundingan itu dan hendaklah mereka itu patuh kepada arahan itu. Jika Hakam-Hakam itu tidak bersetuju diantara satu dengan lain, atau jika Kadi itu tidak puas hati dengan cara mereka membuat perundingan itu maka bolehlah Kadi itu memecat mereka dan melantik pula Hakam-Hakam baru.

(3) Hakam-Hakam itu hendaklah mencuba mandapatkan kuasa yang sepenuhnya daripada pihak masing-masing untuk membolehkan Hakam-Hakam itu memberi hukum cerai dan jika hukum cerai dibuat maka ianya hendaklah dilaporkan kepada Kadi untuk didaftarkan.

(4) Jika pada fikiran Hakam-Hakam itu bahawa kedua-dua pihak itu patut bercerai tetapi ada sebab-sebab yang tidak membolehkan mereka menjatuhkan hukuman cerai maka mereka hendaklah melaporkan kepada Kadi. Selepas menerima lapuran itu, Kadi itu hendaklah melantik Hakam-Hakam baru dan kedua-dua pihak suami isteri itu hendaklah memberi mereka kuasa untuk menyelesaikan perbalahan itu dengan cara berdamai semula, bercerai atau bertebus talak.

(5) Mana-mana pihak yang tidak memberi kuasa kepada Hakam masing-masing dengan tidak ada sebab yang menasabah adalah melakukan kesalahan dan boleh dihukum di bawah seksyen 155.

(6) Setelah didapati salah dan dihukum di bawah seksyen 155, si suami itu tidak juga menceraikan isterinya maka Mahkamah berkuasalah menceraikan mereka.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.