ENAKMEN 5 TAHUN 2004
ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM (NEGERI PULAU PINANG) 2004

BAHAGIAN X - AM



Seksyen 136. Pemansuhan.

(1) Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Pulau Pinang) 1985 [Enakmen No. 2 tahun 1985] adalah dimansuhkan.

(2) Jika mana-mana kes atau perkara belum selesai di hadapan mana-mana Mahkamah apabila mula berkuat kuasanya Enakmen ini, peruntukan Enakmen ini hendaklah terpakai berkenaan dengan prosiding kes atau perkara itu setakat yang ia tidak menyebabkan ketakadilan.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.