ENAKMEN 5 TAHUN 2001
ENAKMEN TATACARA JENAYAH SYARIAH (TERENGGANU) 2001

BAHAGIAN VI - DARIHAL RAYUAN DAN PENYEMAKAN
BAB 1 - DARIHAL RAYUAN KEPADA MAHKAMAH TINGGI SYARIAH



Seksyen 144. Ketakhadiran responden.

Jika, pada pendengaran rayuan itu, responden tidak hadir, Mahkamah tidak boleh membuat apa-apa perintah dalam perkara rayuan itu yang bertentangan atau yang memudaratkan responden, tetapi hendaklah menangguhkan pendengaran rayuan itu ke suatu hari pada masa hadapan bagi kehadirannya dan hendaklah mengeluarkan notis yang diperlukan kepadanya untuk disampaikan melalui Pendaftar.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.