ENAKMEN 3 TAHUN 1992
ENAKMEN PROSEDUR JENAYAH SYARIAH NEGERI SEMBILAN 1992

BAHAGIAN V - RAYUAN DAN PENYEMAKAN
BAB XVI - RAYUAN KE MAHKAMAH TINGGI SYARIAH



Seksyen 145. Menggantungkan perlaksanaan sementara menunggu rayuan.

Tiada sesuatu rayuan boleh berkuatkuasa sebagai menggantungkan perlaksanaan tetapi Mahkamah Rendah Syariah atau Mahkamah Tinggi Syariah bolehlah menggantungkan perlaksanaan mana-mana penghakiman, perintah, sabitan atau hukuman sementara menunggu rayuan, atas apa-apa syarat mengenai jaminan untuk pembayaran mana-mana wang atau penyempurnaan atau tidak penyempurnaan mana-mana perbuatan atau menjalani mana-mana hukuman yang diperintahkan oleh atau di dalam penghakiman, di bawah sabitan atau hukuman sebagaimana Mahkamah Rendah Syariah atau Mahkamah Tinggi Syariah memandang munasabah.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.