ENAKMEN 12 TAHUN 2002
ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM (NEGERI MELAKA) 2002

BAHAGIAN VII - PENJAGAAN
Penjagaan ke atas Orang Dan Harta



Seksyen 91. Pelantikan penjaga-penjaga oleh Mahkamah.

(1) Jika tidak ada penjaga-penjaga di sisi undang-undang, maka kewajipan bagi melantik seseorang penjaga untuk memperlindungi dan memelihara harta kanak-kanak itu adalah terletak ke atas Mahkamah, dan dalam membuat sesuatu pelantikan Mahkamah hendaklah terutama sekali memberi pertimbangan-pertimbangan kepada kebajikan kanak-kanak itu.

(2) Dalam menimbangkan yang apakah akan menjadi kebajikan bagi kanak-kanak itu, Mahkamah hendaklah mengambil perhatian tentang umur dan jantina kanak-kanak itu, watak dan kebolehan penjaga yang dicadangkan itu dan bagaimana karibnya persaudaraannya dengan kanak-kanak itu, kemahuan-kemahuan, jika ada, ibu dan bapanya yang telah mati; dan apa-apa hubungan penjaga yang dicadangkan itu yang sedia ada dan yang dahulu dengan kanak-kanak itu atau hartanya, dan jika kanak-kanak itu telah mencapai umur membolehkannya untuk membuat sesuatu pilihan yang bijak, maka Mahkamah boleh menimbangkan pilihannya itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.