ORDINAN 43 TAHUN 2001
ORDINAN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM, 2001
BAHAGIAN II - PERKAHWINAN
Permulaan kepada Perkahwinan.
Seksyen 16. Rujukan kepada tindakan oleh Hakim Syarie.
(1)
Dalam mana-mana kes berikut, iaitu-
(a)
jika salah satu pihak kepada perkahwinan yang dicadangkan itu adalah di bawah umur yang dinyatakan dalam seksyen 7; atau
(b)
jika pihak perempuan adalah seorang janda yang mana seksyen 12 (3) terpakai kepadanya; atau
(c)
jika pihak perempuan tidak mempunyai
wali
dari
nasab
mengikut Undang-Undang Islam,
maka Pendaftar hendaklah, sebagai ganti bertindak di bawah seksyen 15, merujukkan permohonan itu kepada Hakim Syarie yang mempunyai bidang kuasa di tempat perempuan itu bermastautin.
(2) Hakim Syarie, apabila berpuas hati tentang kebenaran perkara-perkara yang disebut dalam permohonan itu dan tentang kesahan perkahwinan yang dicadangkan itu dan bahawa kes itu adalah kes yang mewajarkan pemberian kebenaran bagi maksud-maksud seksyen 7, atau kebenaran bagi maksud-maksud seksyen 12 (3), atau persetujuannya terhadap perkahwinan itu diakadnikahkan oleh
wali Hakim
bagi maksud-maksud seksyen 11
(b),
mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah, pada bila-bila masa selepas permohonan itu dirujukkan kepadanya dan setelah dibayar fi yang ditetapkan, mengeluarkan kepada pemohon kebenarannya untuk berkahwin dalam borang yang ditetapkan.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.