ENAKMEN 4 TAHUN 1996
ENAKMEN ACARA JENAYAH SYARIAH (NEGERI PULAU PINANG) 1996

BAHAGIAN IV - MAKLUMAT KEPADA PEGAWAI PENGUATKUASA AGAMA DAN KUASA MEREKA UNTUK MENYIASAT



Seksyen 54. Maklumat.

(1) Tiap-tiap maklumat berhubung dengan pelakuan sesuatu kesalahan, jika diberi dengan lisan kepada seseorang Pegawai Penguatkuasa Agama, hendaklah ditulis olehnya atau di bawah arahannya dan dibaca balik kepada pengadu itu.

(2) Tiap-tiap maklumat itu hendaklah dimasukkan ke dalam Borang 5, Jadual yang akan disimpan oleh pegawai itu yang hendaklah melampirkan kepada catatan itu tarikh dan waktu maklumat itu telah diberi, dan sarna ada diberi secara bertulis atau diubah kepada bentuk bertulis seperti yang tersebut dahulu, hendaklah ditandatangani oleh orang yang memberinya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.