ENAKMEN 5 TAHUN 2005
ENAKMEN WAKAF (NEGERI SEMBILAN) 2005

BAHAGIAN IX - PENGUATKUASAAN DAN PENYIASATAN



Seksyen 49. Pemakaian Bab 6 Bahagian VII Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Negeri Sembilan) 2003.

(1) Bab 6 Bahagian VII Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Negeri Sembilan) 2003 hendaklah terpakai berhubungan dengan pelupusan barang kes dan benda yang menjadi hal perkara kesalahan di bawah Enakmen ini.

(2) Walau apa pun subseksyen (1), seksyen ini tidak terpakai bagi mawquf yang menjadi barang kes atau yang ada kaitan dengan kesalahan yang dilakukan dan apabila selesai apa-apa prosiding di dalam Mahkamah yang menyentuh mawquf sedemikian Mahkamah hendaklah memerintahkan supaya mawquf sedemikian diserahkan kepada Majlis.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.