ENAKMEN 4 TAHUN 1996
ENAKMEN ACARA JENAYAH SYARIAH (NEGERI PULAU PINANG) 1996

BAHAGIAN III - PERUNTUKAN AM YANG LAIN
BAB 2 - PENANGKAPAN, MELARIKAN DIRI DAN PENANGKAPAN SEMULA



Seksyen 12. Mencari orang di tempat yang telah digeledah di bawah waran.

Apabila sesuatu penggeledahan untuk mana-mana benda telah atau akan dijalankan dengan sah di mana-mana tempat berhubung dengan sesuatu kesalahan, semua orang yang berada di dalamnya bolehlah ditahan dengan sah sehingga penggeledahan ituselesai, dan jika barang yang dicari itu adalah jenis yang boleh disembunyikan pada badan orang itu maka mereka bolehlah diperiksa untuk mencari barang itu oleh atau dalam kehadiran Pegawai Penguatkuasa Agama atau seorang pegawai polis yang tidak rendah pangkatnya daripada Inspektor.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.