ENAKMEN 2 TAHUN 1996
ENAKMEN ACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH 1996

BAHAGIAN XVIII - PENGUATKUASAAN DAN PELAKSANAAN
BAB 3 - PELAKSANAAN



Seksyen 164. Deposit perbelanjaan.

Bailif tidaklah diwajibkan mengambil apa-apa tindakan di bawah suatu perintah pelaksanaan sehingga dain penghakiman telah mendepositkan sejumlah wang yang pada pendapat bailif mencukupi untuk membayar apa-apa perbelanjaan pelaksanaan, termasuk perbelanjaan menyimpan apa-apa harta selama tempoh tidak melebihi 14 hari, jika ia melebihi 14 hari, bailif boleh menghendaki supaya deposit tambahan dibayar dan jika deposit itu tidak dibayar, dia boleh melepaskan harta itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.