ENAKMEN 3 TAHUN 1994
ENAKMEN KETERANGAN (MAHKAMAH SYARIAH) 1994

BAHAGIAN II - BUKTI
BAB V - KETERANGAN DOKUMENTAR
Anggapan tentang Dokumen



Seksyen 71. Anggapan tentang perutusan telegraf.

Mahkamah boleh menganggap bahawa sesuatu perutusan yang dihantar dari pejabat telegraf kepada orang yang perutusan itu berupa sebagai dialamatkan adalah bersamaan dengan perutusan yang telah diserahkan untuk dihantar di pejabat yang darinya perutusan itu berupa sebagai dihantar; tetapi Mahkamah tidak boleh membuat apa-apa anggapan tentang siapakah yang telah menyerahkan perutusan itu untuk dihantar.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.